Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Terus Melaju Lajnah Penerangan

1174
SHARE

 

Terus Melaju Lajnah Penerangan

Pada 15 dan 16 Disember
lalu, telah berlangsung Retreat Lajnah Penerangan dan Hubungan Media, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) di Hotel Nova Highlands, Cameron Highlands dilancarkan serta dirasmikan oleh YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS.

Program disambut baik dengan kehadiran Ketua Penerangan bersama Setiausaha Lajnah Penerangan dan Hubungan Media bersama jentera penerangan Dewan Muslimat PAS seluruh Malaysia dengan jumlah keseluruhan kehadiran seramai 60 orang peserta.

Antara bentuk pengisian penting yang telah dihidangkan ialah melibatkan pimpinan tertinggi DMPM, Dr Rosni Adam (Timbalan Ketua DMPM), Ustazah Salamiah Mohd Noor (Naib Ketua DMPM) bersama  Ustzah Wan Hasrina Wan Hassan sebagai Ketua Penerangan dan Hubungan Media  (DMPM) dengan pengisian Wacana Pimpinan DMPM : Hala Tuju DMPM Ke arah Pembentukan Negara Sejahtera.

Turut diundang bersama Ketua Penerangan PAS Pusat, Yb Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi menyampaikan slot bertajuk Kelemahan Jentera Penerangan Menyumbang Kegagalan PAS Memenangi PRU 14.

Retreat Penerangan diserikan dengan tayangan video mengenai isu – isu setempat di setiap negeri hasil dari tugasan yg telah diberikan kepada LPHM DMPN. Turut dilengkapkan bersama YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebagai juri tayangan video tersebut.

Semoga hasil dari Retreat Penerangan tersebut dapat memberi impak dan sinergi baru kepada seluruh jentera penerangan di setiap peringkat menjelang PRU 14 yang bakal menjelang.

✍?Laporan daripada Lajnah Penerangan dan Hubungan Media, DMPM.