Home Berita PAS Perlis

ADUN Sanglang Berbuka Dengan Masyarakat

986
SHARE

ARAU: Satu program majlis berbuka puasa telah diadakan di perkarangan rumah ADUN Sanglang, YB Cikgu Mohd. Shukri Ramli di Kampung Sungai Padang, Arau, pada 2 Jun yang lalu yang dihadiri kira-kira 200 orang penduduk.

Program iftar tersebut dijayakan bersama para petugas daripada Urusan Ulama Kawasan Arau dan Lajnah Pendidikan Kawasan Arau.

Selain acara berbuka puasa, majlis penyampaian sumbangan kepada bakal mahasiswa yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan turut dibuat. Sumbangan daripada Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Arau telah disampaikan sendiri oleh YB Cikgu Shukri yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Perlis.

Program sebegini sememangnya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat kerana mereka berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan wakil rakyat yang dipilih.

{jathumbnail off}