Home Berita PAS Perlis

MTD Bintong Anjur Iftar Dekati Masyarakat

618
SHARE

KANGAR: Majlis Tindakan Dun (MTD) Bintong di sini telah menganjurkan satu program iftar perdana peringkat Dun Bintong. Program ini telah diadakan di Markaz Tarbiyah Padang Kota pada 3 Jun 2017.

Program iftar ini adalah kerjasama antara MTD Bintong dengan Unit Peti Undi (UPU) Nesam dan disertai kira-kira 50 orang penduduk.

Antara tetamu jemputan yang hadir termasuklah Yang Di Pertua PAS Kawasan Kangar, Us Yussaine Yahya dan Saudara Abd Jamil Kamis, Setiausaha PAS Kawasan Kangar yang juga Pengarah MTD Bintong.

Menurut Saudara Abd Jamil Kamis, program sebegini wajar diperluaskan lagi kerana ianya mampu menjadi platform untuk mendekatkan para petugas PAS dengan masyarakat.

Selain itu menurut beliau lagi, dengan adanya program seumpama ini, para ibu tunggal, anak yatim, warga emas dan golongan yang kurang berkempuan dapat diraikan untuk bersama-sama menikmati juadah berbuka dalam suasana penuh meriah.

{jathumbnail off}