Home Uncategorized

PERUTUSAN AIDILFITRI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PENAGA

88 views
SHARE

1 Syawal 1439 | 15 Jun 2018

Syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas rahmat dan kasih sayang-Nya kita berjaya menyempurnakan ibadah Ramadhan Al-Mubarak 1439H. Dengan kesungguhan kita melaksanakan puasa dan amal ibadah sepanjang sebulan ini, diharapkan agar ia diterima Allah sebagai saham yang berguna saat bertemu-Nya kelak.

Sambutlah Syawal ini sebagai bulan kemenangan setelah kita berjaya menempuh sebulan peperangan menentang hawa nafsu dalam bulan Ramadhan yang telah berlalu. Namun ia bukanlah tiket untuk kita kembali melakukan maksiat dan perkara yang dibenci Allah.

Apatah lagi setelah kita bermujadah membersihkan diri dari segala kotoran dosa. Pastikan diri kita terus istiqamah atas jalan Islam sebagaimana kita berjaya laksanakan di dalam bulan Ramadhan tahun ini.

Di kesempatan dikurniakan Allah ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Mohon maaf zahir dan batin atas segala kesilapan dan kekurangan. Semoga Allah menerima amal soleh kita dan golongkan kita sebagai hamba-Nya yang bertaqwa.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

كل عام وأنتم بخير
تقبل الله منّا ومنكم

YB USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
Adun Penaga, Pulau Pinang
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang