Home Berita PAS Terengganu

Diskusi/Usrah Pejabat MB kali ke 6: Menggunakan buku Fiqh Siyasah Tok Guru

1207
SHARE

Buku Fiqh Siyasah Khulafa ar-Rasyidin Amirul Mukminin Umar ibn Al-Khattab ra karya DSTG Hj Abdul Hadi Awang digunakan sebagai teks diskusi/usrah mulai kali ke 6 ini (Rabu 31 Julai 2019).

Sebelum ini artikel/tulisan mengenai pemerintahan Saidina Abu Bakar dibincang. Buku mengenainya sudah tiada dalam pasaran.

Sebagai permulaan, muqaddimah dari DSTG Hj Abdul Hadi dibaca.

Ringkasannya:

-kewafatan Nabi tidak menyebabkan perkembangan Islam terbantut, bahkan ia semakin melebar kerana dibina di atas asas yang sangat kukuh. Cahaya Islam tidak mungkin dapat dipadamkan.

-Zaman Umar lebih mencabar kerana tanahair yang semakin luas, penduduk lebih majmuk dan banyak masalah baru.

-orang bukan Islam tidak dipaksa masuk Islam, tetapi mereka tertarik dengan pemerintahan Umar yang sangat adil.

-Tamadun Islam tidak perlu menumpang tamadun lain.

-Tamadun yang hanya memfokuskan kebendaan, tiada panduan iman dan akhlak tetap digelar tamadun jahiliah, tanpa mengira masa dan tempat.

-Umar memerintah dengan berpegang teguh kepada prinsip Islam yang tetap, sambil berijtihad dalam perkara yang tiada nas.

-Pemerintahan Umar sarat dengan contoh buat pemerintah yang datang kemudian.

Mudah-mudahan keadilan pemerintahan Umar terpalit juga kepada pemerintahan Terengganu sekarang.