Home Berita PAS Johor

Dimana bumi dipijak, disitu Islam kita junjung

118
SHARE

Oleh : SHARIFAH AJIL

MUAR , 19 Feb : Sebagai umat Islam, di mana pun kita berada, haruslah sentiasa menjunjung agama yang kita agungkan.

Demikian kata-kata yang telah disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Hajah Sabariah Md Amin semasa merasmikan Mesyuarat Agung DMPK Muar kali ke 24 di Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Muar, Parit Pechah, pagi semalam.

Beliau berkongsi pengalaman ketika baru berpindah ke Johor tahun 1988 yang agak asing baginya yang berasal dari Kelantan. Suasana politik tempatan yang berbeza dari negeri kelahiran sendiri tidak menghalang beliau untuk terus bergerak aktif dalam jemaah PAS.

Tambah beliau, “Saya melibatkan diri bersama muslimat setempat yang ada ketika itu menjalankan program jemaah. Walaupun jumlah ahli tidak ramai tetapi digerakkan juga. Hingga akhirnya telah banyak kawasan dan cawangan PAS yang ditubuhkan bercambah. Dengan jumlah ahli yang semakin bertambah hingga hari ini”.

Tegas beliau lagi yang juga merupakan Pengarah APSA Johor (Akademi Pengajian Saidatina Aisyah), walaupun kita punya jumlah ahli yang sedikit, jika kita berusaha bersungguh-sungguh, dengan izin Allah tetap akan bertambah.

Muslimat harus bergerak seawal usia muda memupuk sukakan kerja-kerja memenangkan Islam. Sama-sama gerakkan anak-anak mengikuti program jemaah. Kuatkan semangat walaupun ada kekangan seperti karenah anak-anak kecil yang mungkin agak mengganggu.

Mesyuarat Agung kali ini telah membuat pemilihan pimpinan pelantikan baru bagi penggal sesi 2023-2025 dengan perubahan beberapa muka baru sebagai ahli jawatankuasa.

Turut hadir ialah Adun Maharani, Cikgu Abd Aziz Talib yang juga merupakan YDP PAS Muar, Timbalan Assobiqot DMPM, Fatimah Ismail, TYDP, Cheman Yusoh, Ketua Dewan ‘Ulamak, Ustaz Abu Fateh dan Ketua Muslimat Muar, Norhayati Sulaiman.