Home Berita PAS Johor

Diari Ramadan Dun Maharani | Edaran sumbangan bersama YB Cikgu Aziz

182
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 7 Apr : YB Cikgu Abd Aziz Talib menyantuni warga Maharani dengan memberikan sumbangan sempena Ramadan.

Menjelang sehari sebelum Ramadan beliau mengedarkan sumbangan kepada golongan ibu tunggal, warga emas serta individu yang uzur dan sakit.

Selain keperluan asas makanan, turut disertakan juga keperluan lain seperti pampers dewasa dan bayi, tisu, susu tepung dan ubat-ubatan bagi yang memerlukan.

Sebanyak 14 buah keluarga telah dapat disampaikan sumbangan bantuan oleh pihak ADUN Maharani.

Menurut beliau, pihak Khidmat Dun Maharani dalam perancangan untuk menyalurkan keperluan pampers dan susu tepung secara berkala bagi mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

Pada 5 April pula, turun ke rumah-rumah menyantuni keluarga-keluarga yang sedang kuarantin di rumah kerana positif Covid 19. Sumbangan berupa barang keperluan harian telah dapat diserahkan.

Pada malamnya pula, bermula selepas solat terawih, beliau bersama-sama Dewan Pemuda PAS Muar dan Armada Bersatu Bahagian Muar pula dalam program Singgah Sahur yang akan diadakan sekali setiap minggu sepanjang Ramadan ini.

Edaran berupa juadah kepada petugas-petugas waktu malam seperti staff bahagian kecemasan KPJ Maharani, klinik dan pengawal keselamatan sekolah-sekolah dan beberapa pejabat kerajaan sekitar Dun Maharani.

“Sebahagian mereka sangat dekat dengan saya kerana telah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan sejak saya masih bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah dahulu.

“Tak sangka ada daripada mereka yang masih setia berkhidmat sehingga sekarang. Besar sungguh jasa dan pengorbanan mereka dalam memastikan keselamatan,” ujar Cikgu Aziz.