Home Berita PAS Johor

Dialog Rakyat Selami Denyut Nadi Kesusahan Rakyat Di DUN Pemanis

1206
SHARE

SEKIJANG: Pusat Aduan Rakyat(PAR) DUN Pemanis dengan kerjasama PAS Sekijang telah menganjurkan Dialog Rakyat di Warung Pak Hamid Cafe,Felda Medoi 14 Oktober lalu.

Kedatangan petugas dan AJK PAR DUN Pemanis diketuai oleh Puan Normala Sudirman selaku Penyelia PAR DUN Pemanis disambut dengan baik oleh penduduk setempat.

Turut hadir menyerikan majlis dialog rakyat yang cukup santai di waktu petang ialah Ustaz Azman Shapawi Bin Abd.Rani,AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat dan En.Shamsuddin Bin Jaafar,Ketua Penerangan PAS Negeri Johor.

Dialog Rakyat yang dianjurkan ini telah membuka ruang penduduk setempat bersoal jawab tentang isu-isu semasa dan isu rakyat terutama berkaitan soal kenaikan harga barang,kos sara hidup yang semakin tinggi serta hal ehwal permasalahan penduduk felda .

Selain ucapan dan sesi ramah mesra bersama Penyelia PAR DUN Pemanis,Cikgu Mala,majlis turut diserikan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Azman Shapawi.

Edaran pamplet PAR DUN Pemanis dan akhbar Harakah kepada semua pengunjung warung juga disambut dengan baik dan diterima untuk dibaca dan dibawa pulang.

Majlis Dialog Rakyat ini ternyata dapat mengeratkan silaturrahim bersama penduduk setempat di samping mewujudkan interaksi positif dan hubungan dua hala antara Cikgu Mala selaku Penyelia PAR DUN Pemanis dengan penduduk setempat di Felda Medoi dalam menyelami denyut nadi kesusahan rakyat.

Di penghujung majlis ,penduduk setempat di Felda Medoi mengabadikan kenangan bersama Cikgu Mala ,Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis bersama pimpinan yang hadir.