Home Berita PAS Melaka

Dia ayah, dia guru Al Quran saya – Bakri

202
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto SHAMSHAHIR SHAMSUDIN

SELAMA, 30 Nov : Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Melaka, Bakri Jamaluddin menyifatkan Assabiqun PAS Perak, Allahyarham Salleh Lebai Kechik, 87, yang meninggal dunia pagi tadi sebagai ayah dan guru Al Quran buat dirinya.

Katanya, beliau belajar Al Quran dengan Allahyarham Salleh yang merupakan bapa angkatnya itu semasa bersama-sama aktif dalam PAS ketika beliau bertugas sebagai pengurus ladang di kawasan ini pada tahun 1995 hingga 1996 dahulu.

“Saya dapat panggilan dari menantu beliau pagi tadi yang Allahyarham baru menghembuskan nafas selepas Subuh pagi tadi. Masa tu saya di Kuala Lumpur sebab saya ada mesyuarat Lembaga Pengarah Tabung Haji sejak beberapa hari lepas.

“Jadi pagi tadi saya terus datang ke sini untuk menziarahi jenazah beliau tengah hari ini. Alhamdulillah saya sempat sampai lebih kurang jam 11.30 tadi,” ujarnya
kepada Harakahdaily ketika ditemui di rumah Allahyarham di Sungai Limau, di sini, tengah hari tadi.

Bakri yang kini Ahli Parlimen Tangga Batu menambah, anak-anak Allahyarham ada menghubungi beliau memaklumkan beliau uzur baru-baru ini namun disebabkan kesibukan menyelesaikan urusan berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 menyebabkan beliau tidak berkesempatan untuk menziarahi Allahyarham.

Mengimbas kenangan bersama Allahyarham semasa tahun 90an dahulu, Bakri berkata Allahyarham aktif dalam Dewan Ulamak PAS Kawasan dan sama-sama mengasaskan penubuhan Yayasan Islam Darul Ta’alim yang di bawahnya mempunyai beberapa sekolah agama di bawah jenama Darul Ta’alim.

“Saya ingat lagi kami sama-sama mengasaskan Yayasan Islam Darul Ta’alim. Masa tu saya menjadi setiausaha yayasan ini.

“Masa itu beliau mengajar mengaji dan pada masa kita beli tanah untuk buat sekolah bawah Yayasan Islam Darul Ta’alim ini Allahyarham banyak membantu menebang pokok dan menerangkan tanah sebelum kita dirikan bangunan,” ujar beliau.

Bakri yang kini merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu menambah, dengan kewujudan Yayasan Islam Darul Ta’alim tersebut telah berjaya melebarkan pengaruh PAS di Negeri Perak terutama di Parlimen Larut sendiri.

Katanya, pada PRU-14 PAS berjaya menawan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Larut ini manakala pada PRU15 ini ketiga-ketiga DUN dan Parlimen jatuh ke tangan Perikatan Nasional-PAS.

Sementara itu anak kandung Allahyarham Salleh, Noriah, 45, ketika ditemui berkata ayahnya itu tidak menghidap apa-apa penyakit selama ini.

“Ayah tak ada sakit apa-apa sebenarnya. Dari dulu dia memang tak ada penyakit. Dia meninggal sakit tua. Dalam setahun inilah dia mula sakit-sakit.

“Subuh tadi beliau separuh sedar tetapi sempat minta air nak minum, nak mandi. Saya sempat basahkan badan dia beberapa kali,” katanya.

Noriah Salleh

Menurut Noriah ayahnya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 6.50 pagi tadi di rumahnya di sisi anak dan menantu.

Allahyarham Salleh mempunyai 13 orang anak kandung namun 12 orang daripada mereka meninggal semasa kecil dengan beliau juga mengambil dua orang anak angkat.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH