Home Berita PAS Kedah

DHPP tidak pernah dipaksa untuk masuk Islam, malah dijaga!

355
SHARE

 

Disediakan oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 24 JULAI 2023-Ketua wanita DHPP Kedah menyatakan mereka tidak pernah dipaksa untuk masuk Islam! Malah mereka dijaga!

“Kami duduk dah lama tak disuruh masuk Islam, tapi kami dijaga” ucap Puan Neeta, Ketua Wanita DHPP Kedah dengan penuh fasih dalam program Ramah Mesra Pelbagai Kaum yang diadakan di Markas UDM Padang Tenusu baru-baru ini.

Neeta berucap sedemikian ketika berkongsi berkaitan cabaran dalam sertai PAS ialah orang-orang sekeliling mencaci dan menakutkan mereka tentang isu agama! Tetapi Neeta menafikan hal tersebut malah tidak menggugatkan semangat Neeta untuk terus menyokong PAS dan Perikatan Nasional! Hal ini kerana Neeta sendiri berasa selesa kerana mereka dijaga.

Dalam masa yang sama Neeta turut memuji rakyat Kedah atas kebijaksanaan mereka untuk terus bersama Perikatan Nasional.

“Rakyat Negeri Kedah ni baguih, memang baguih, kita berdiri teguh dengan Perikatan Nasional” katanya.

Turut memberi ucapan ialah Puan Hidayah Foo yang bertutur dalam bahasa Hokkien.

Program anjuran bersama Dewan Himpunan Pendokong PAS(DHPP) Sungai Petani itu agak memberangsangkan sekaligus memberi bayangan sokongan yang bertambah terhadap Perikatan Nasional.  Ianya suatu perkembangan yang menarik mutakhir ini.

DHPP Kawasan Sungai Petani yang diketuai Sdr Elanggo a/l Singaram menyatakan akan terus mengadakan sesi penerangan seperti ini,  untuk menarik sokongan lebih ramai kaum bukan melayu terhadap Perikatan Nasional.

Turut hadir Timbalan YDP PAS Kawasan Sungai Petani , Ustaz Fishol Haji Hasyim, saudara Azhar Zakaria, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sungai Petani dan Ustaz Nuruddin Bashah, AJK Penerangan PAS.