Home Artikel PAS Selangor

DHPP Selangor ziarah kematian keluarga ahli – Naib Ketua DHPP Selangor

6
SHARE

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Sungai Buloh | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor mendapat perkhabaran kematian ahli keluarga kepada Ketua DHPP Sungai Buloh iaitu Saudara Sandramohan Ramasany. Maklumat yang diterima adalah anak kepada kakak Ketua DHPP tersebut yang meninggal dunia.
Menurut Cikgu Rajan Manikesavan yang merupakan Naib Ketua DHPP Selangor, keluarga mendiang hidup dalam kemiskinan dan juga merupakan seorang ibu tunggal. Beliau hilang pekerjaan sejak PKP 1.0 yang lalu. Melihat kesempitan dan kesusahan hidup, DHPP hadir ziarah bertemu dengan beliau.
” Kami hadir menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit kepada keluarga tersebut setelah menerima berita kematian ini dari Datuk Deepakaran selaku Ketua DHPP Selangor. Saya mewakili LKKPNS dan DHPP menyantuni keluarga tersebut sekalipun menyampaikan sumbangan”, ujar beliau lagi yang juga merupakan AJK Lajnah Kebajikan PAS Negeri Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor