Home Artikel PAS Selangor

Laporan polis tentang isu klip video ‘instagram live’ – Ketua DMPK Sungai Buloh

16
SHARE

May be an image of standing, headscarf and road

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Buloh diwakili oleh Puan Siti Rohaya Ahad selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Buloh telah membuat satu laporan polis terhadap usahawan kosmetik Safiey Illias yang telah mengadakan sesi Instagram Live pada 9 Jun 2021 (Rabu) sekitar jam 1 sehingga 3 pagi bersama seorang lagi rakannya pemegang akaun instagram ‘pipinatasha’ dan 2 orang kanak-kanak lelaki bawah umur 18 tahun.

Menurut Muslimat PAS Sungai buloh, mereka tidak mahu melihat generasi muda kita dikotori jiwa mereka oleh individu dewasa yang tidak bertanggungjawab.

1. Safiey Illias menggunakan aplikasi Instagram untuk tujuan menyebarkan kandungan lucah (Kesalahan Seksyen 233 dan 211 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998)

2. Mempamerkan aksi lucah dan seksual kepada kanak-kanak bawah umur 18 tahun. (Seksyen 11 & 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017)

3. Rakan kepada Safiey Illias menghisap vape sambil mengajak kanak-kanak tersebut menari. (Mempengaruhi kanak-kanak untuk merokok / menghisap vape)

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Buloh menyatakan rasa sedih dan marah dengan perilaku lucah ini dan memandang serius perkara ini yang mencalar Prinsip Rukun Negara yang ke-5 iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Semoga pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas dan sewajarnya dalam isu ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor