Home Artikel PAS Selangor

Laporan polis terhadap perilaku Safiey Illias – Dewan Muslimat PAS Selayang

16
SHARE

May be an image of one or more people, people standing, headscarf and outdoors

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Memetik kenyataan Dewan Muslimat PAS Selayang (DMPKS) yang telah membuat satu laporan polis terhadap pemilik akaun media sosial “safieyillias94” dan “pipinatasha” di IPD Gombak. Laporan polis telah dibuat oleh Ketua Muslimat PAS Selayang, Puan Hajah Kasmawati Haron.

Menurut kenyataan tersebut, Dewan Muslimat PAS Selayang sangat terkesan dengan penyebaran klip video siaran langsung oleh pemilik akaun instagram “safieyillias94” bersama rakannya “pipinatasha” di akaun instagram “safieyillias94”. Live video yang telah dihoskan oleh safiey illias tersebut turut disertai oleh dua orang lagi yang dipercayai dalam lingkungan bawah umur pada jam 1.50 pagi bertarikh 9 Jun.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Selayang amat kesal dengan perbuatan hos tersebut yang telah memaparkan cara menghisap rokok elektronik ‘vape’ dan telah berkomunikasi secara lucah serta telah melakukan perbuatan yang tidak bermoral iaitu seperti menari dengan menayangkan dan menggoyangkan buah dada dalam live video yang disertai oleh dua kanak-kanak tersebut.

Jelas mereka, perbuatan tersebut bukan sahaja salah disisi moral bahkan salah disisi undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana telah berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah terhadap kanak-kanak. Justeru, DMPK Selayang berharap tindakan tegas dapat dikenakan kepada mereka.

DMPK Selayang turut menyeru kepada masyarakat umum agar memelihara dan memantau aktiviti anak-anak kita agar tidak terpengaruh dengan influencer ataupun pemengaruh yang tidak bermoral sebegini. Seterusnya, mereka menyeru kepada masyarakat untuk tidak memberikan sokongan kepada influencer yang memberi pengaruh buruk kepada generasi akan datang. Jangan kita mengangkat orang yang salah untuk dijadikan tokoh.

“Mahukah kita generasi akan datang menormalisasikan perbuatan amang seksual begini di khalayak? Sudah pasti TIDAK. Kita mahukan sebuah biah yang baik untuk pembinaan jati diri muslim yang sejati kepada anak-anak kita di generasi akan datang. Kita bertanggungjawab mencorakkan generasi apa pada masa akan datang. Penuhi dada anak-anak kita dengan taqwa” pesanan DMPK Selayang.

“Pilihan di tangan kita”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor