Oleh NAZIRUL MUNIR
SEREMBAN , 30 Jul : Calon Perikatan Nasional N08 Bahau dari Dewan Himpunan Pendukung PAS yang mewakili PN, Kumar S. Paramasivam bakal menggugat DAP pada PRN ke-15 kali ini.
Kumar yang lebih selesa dipanggil P.M.Kumar disahkan bertanding selepas diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN N08 Bahau di Dewan Majlis Perbandaran Jempol semalam.
Kumar akan menentang calon daripada Pakatan Harapan (DAP), Teo Kok Seong yang merupakan penyandang DUN berkenaan.
Kerusi Bahau sebelum ini telah dimenangi oleh Teo pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lepas dengan memperolehi 10,094 undi menewaskan calon BN, Chong Wan Yu (3,985 undi) dan calon PAS, Cikgu Bakri (1,512 undi) dengan majoriti sebanyak 6,109 undi.
Sebelum ini, Negeri Sembilan telah melalui Pilihanraya Umum ke-14 pada Mei 2018 yang lalu dan Pakatan Harapan mendapat 20 kerusi, Barisan Nasional (16), manakala PAS tidak memenangi sebarang kerusi dari 27 kerusi yang ditandingi.
PRN Negeri Sembilan diadakan setelah berlaku pembubaran DUN oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun setelah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Pembubaran DUN telah diumumkan pada 1 Julai lepas.
Tarikh penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos dan tarikh keluar mengundi pada 12 Ogos.