Home Berita PAS Negeri Sembilan

Ustaz Tengku sandaran PAS-PN di N35 Gemencheh

309
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

SEREMBAN , 30 Jul : Calon Perikatan Nasional N35 Gemencheh dari PAS, Tengku Abdullah Tengku Rakman menjadi sandaran PAS untuk memenangi DUN Gemencheh.

Ustaz Tengku disahkan bertanding selepas diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN N35 Gemencheh di Dewan Sri Gemencheh semalam.

Ustaz Tengku akan menentang calon daripada Kerajaan Perpaduan Barisan Nasional-Pakatan Harapan, Suhaimizan Bizar.

Kerusi Gemencheh sebelum ini telah dimenangi oleh Dato’ Mohd Isam Mohd Isa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lepas dengan memperolehi 6,963 undi menewaskan calon PKR, Saiful Adly Abd Wahab (6,612 undi) dan calon PAS, Ishak Maasin (1,122 undi) dengan majoriti sebanyak 351 undi.

Sebelum ini, Negeri Sembilan telah melalui Pilihanraya Umum ke-14 pada Mei 2018 yang lalu dan Pakatan Harapan mendapat 20 kerusi, Barisan Nasional (16), manakala PAS tidak memenangi sebarang kerusi dari 27 kerusi yang ditandingi.

PRN Negeri Sembilan diadakan setelah berlaku pembubaran DUN oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun setelah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pembubaran DUN telah diumumkan pada 1 Julai lepas.

Tarikh penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos dan tarikh keluar mengundi pada 12 Ogos.