Home Berita PAS Perak

DHPP Perak Terus Perkukuh Keahlian

713
SHARE

Image may contain: one or more people, people standing and outdoorDHPP PERAK TERUS PERKUKUH KEAHLIAN

TAIPING

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) semakin dikenali dan diterima dikalangan masyarakat non Muslim khasnya di negeri Perak hasil usaha gigih ketuanya N. Surianarayanan yang tidak mengenal erti penat dan Jemu dalam membantu memberi penerangan berkenaan pendekatan dan hala tuju perjuangan PAS yang tidak meminggirkan mana-mana kaum serta sesuai dengan semangat muhibah yang terjalin dalam konteks Malaysia sejak dulu lagi.

Perkara ini diperkukuhkan dengan penyerahan lapan lagi borang keahlian DHPP yang Baru diterima dalam majlis penyerahan kepada Pesuruhjaya PAS Perak YB Tuan Haji Razman Zakaria yang diadakan di perkarangan rumah Ketua MIC Cawangan Pondok Tanjung En. Thiruvenggalam.

Menurut ketua DHPP Bagan Serai Encik Sivagaran A/L Krishnan, lapan borang keahlian tersebut hanyalah sebahagian daripada borang yang lengkap diisi manakala borang yang lain akan diserahkan dalam masa terdekat. Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan 20 ‘kotak makanan’ kepada penerima yang layak terdiri dari kaum India.

Sementara itu YB Razman dalam ucapannya menjelaskan kepada hadirin tentang bantuan-bantuan yang ada serta komitmen kerajaan dalam membantu rakyat khasnya di negeri Perak tanpa mengira kaum.

Beliau yang juga Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak turut menyatakan keterbukaan pihaknya untuk mendengar dan menyantuni suara Komuniti India. Bagi tujuan tersebut YB menyarankan mereka agar berhubung dengan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gunung Semanggol, wakil penduduk serta agensi yang berkaitan.

Majlis diakhiri dengan tradisi penghargaan kaum India dalam acara mengalungkan ‘bunga malai’ oleh tuan rumah kepada YB Razman, Surianarayanan dan Sivagaran atas kehadiran dan komitmen yang diberikan.Image may contain: 2 people, people sitting, people standing and outdoorImage may contain: one or more people, people sitting, people standing and outdoor