Home Berita PAS Selangor

Agensi kebajikan PAS terus mendapat kepercayaan rakyat – Pengurus Operasi KMN Selangor

11
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Tuan Shehdi Hazrik Shamsuddin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

Artikel | Berbeza dengan parti politik lain, PAS adalah sebuah parti yang bergerak bukan setakat membawa idealogi politik Islam malah diterjemahkan pula dalam gerak kerja Dakwah, Tarbiyah dan sekarang ini usaha Kebajikan mereka disemua peringkat.

Sudah terbukti apabila setiap kali berlaku sahaja bencana alam di negara ini, kita akan melihat ramai Pemuda PAS, bersama para pimpinan, asatizah serta Muslimat mereka paling hadapan turun ke lapangan dalam membantu mangsa bencana tidak mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik mereka.

Bukan setakat bencana Banjir, tanah runtuh, jerebu, tsunami, bangunan roboh, malah ketika bencana wabak virus Covid-19 melanda negara juga mereka tidak senang duduk untuk hanya melihat penderitaan rakyat di hadapan mata mereka.

Hampir seluruh jentera pihanraya mereka digerakkan di semua peringkat dari Pusat, Negeri, Kawasan sehinggalah ke cawangan telah diarah melaksanakan gerak kerja bantuan bencana covid-19 menyampaikan bantuan kepada bukan sahaja rakyat, malah agensi kerajaan dan pertugas barisan hadapan juga turut mereka bantu.

Persoalan yang bermain difikirkan nitizen adalah dari mana datangnya sumber kewangan PAS ini? Adakah PAS terlibat dengan aktiviti wang haram atau “money laundering”, Sumbangan Kumpulan pengganas atau seumpamanya?. Bagaimana PAS mampu mengumpulkan dana sehingga berjuta-juta bagi setiap misi kemanusiaan.

Jika bantuan bencana luar negara seperti Myanmar, Indonesia, Lubnan, Syria dan terakhir ke Palastin baharu ini melalui “Aids For Palastine” yang dikendalikan oleh PAS Relief mampu mengumpul lebih RM12 juta bersama NGO-NGO badan Pertubuhan bukan kerajaan seluruh negara, maka tidak hairanlah jika PAS mampu berbuat demikian ketika bencana diperingkat negara.

Melalui kendalian dan penyelaras pimpinan PAS, seluruh jentera PAS termasuk Lajnah Kebajikan, Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat, Ameerah, DHPP, Dewan Ulamak dan sebagainya kini telah dikumpulkan di bawah satu entiti PAS iaitu Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia atau dikenali sebagai Khidmat Malaysia yang diwujudkan semejak tahun 2013 lagi.

Di Negeri pentadbiran PAS, setiap wakil rakyat dan Penyelaras DUN akan berperanan membentuk Jawatankuasa mereka bagi membantu rakyat di kawasan mereka, manakala di Negeri-negeri dibawah pentadbiran Perikatan Nasional, mereka mendapat kerjasama yang kuat dari agensi kerajaan dan komponen parti memerintah.

Manakala di Negeri Pulau Pinang dan Selangor pentadbiran Pakatan Harapan yang mempunyai kadar kes covid-19 yang tinggi, PAS perlu bergerak cara berbeza bersama Badan Pertubuhan bukan kerajaan yang berperanan besar dalam perolehan sumbangan dari orang ramai.

Bagi Negeri-Negeri yang bukan dibawah pentadbiran PAS ketika ini peranan Khidmat Malaysia Negeri diletak paling hadapan dalam mengkoordinasi seberapa banyak NGO dan Agensi PAS dibawah penyelarasannya. Di sinilah rakyat akan terus mempercayai kemampuan PAS dalam menguruskan sumbangan bencana kepada masyarakat yang memerlukan.

Sehingga kini jumlah sumbangan yang diterima oleh agensi PAS dan NGO-NGO yang bersama KHIDMAT MALAYSIA semakin bertambah dan terus bertambah sebagaimana bertambahnya suara rakyat yang kesempitan sepanjang PKPD, dan di Selangor sahaja Khidmat Malaysia seluruh kawasan telah menyampaikan sumbangan lebih 7 ribu kit barangan dapur dengan jumlah RM350 ribu sumbangan yang diterima setakat bulan Mei hingga Jun 2021.

Sudah sampai masanya rakyat lebih ramai perlu tahu kekuatan PAS dalam urusan kebajikan rakyat, lebih ramai penyumbang mempercayai PAS dalam menyampaikan sumbangan kerana pertugas mereka tidak sekadar menghantar bantuan anda ke Pusat atau dewan orang ramai malah mereka sanggup hantar ke depan rumah anda sekalipun rumah anda di ceruk hujung kampung atau setinggi flat bertangga 5 6 tingkat.

May be an image of 3 people

Kita perlu berusaha mengubah persepsi rakyat terhadap PAS sebagai parti Berkebajikan dengan memperbanyakan sebaran berita kerja kebajikan mereka kerana ia adalah semulia pekerjaan yang mereka lakukan, hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW menerusi hadisnya yang bermaksud: “Sesiapa yang menunjukkan kepada sesuatu kebaikan maka baginya seperti pahala pelakunya.” (Hadis riwayat Muslim).

Peranan media PAS kini perlu mempeluaskan lagi sebaran berita aktiviti kebajikan mereka di ruang Medsos dan Media cetak agar rakyat melihat PAS bukan parti pak lebai yang bercakap soal politik Islam semata-mata, tetapi rakyat dapat melihat PAS dari sudut lain dimana setiap perbuatan ahli mereka sentiasa menjaga kebajikan rakyat dan Ummah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor