Home Berita PAS Selangor

Tangani kemelut Covid-19 dan vaksin di Selangor dengan bijak – KPen DMPN Selangor

12
SHARE

May be an image of ‎map and ‎text that says "‎STATUS TERKINI COVID-19 MALAYSIA KES BAHARU MENGIKUT NEGERI KEDAH 1.7.2021 250 PERLIS 1 ريه KEMONTTERWEDHITANMAAIIA KELANTAN 108 P.PINANG 174 * TERENGGANU 50 LABUAN 129 PERAK 149 SELANGOR 2,885 SEMBILAN 692 K.LUMPUR 988 PAHANG 195 PUTRAJAYA 10 MELAKA 311 SABAH JOHOR 232 270 SARAWAK 544 Jumlah kes baharu 6,988 Jumlah keseluruhan kes 758,967 SUMBER:CRCKEBANGSAAN comms@moh‎"‎‎

Tangani Kemelut COVID19 Dan Vaksin Di Selangor Dengan Lebih Bijak Dan Berintegriti – Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Puan Nor Zarina Mohd Azhar,
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Semua pihak perlu memandang serius akan keadaan ketika ini khusus dan uniknya di Negeri Selangor yang kita sayangi. Peningkatan kes COVID19 yang masih tidak menunjukan surutnya dan pengurusan pemberian vaksin yang perlu telus berintegriti, hangat diperkatakan oleh rakyat ketika ini

Mengenalpasati punca utama yang menyumbang kepada tingginya kes di Selangor, adalah suatu tindakan yang perlu diuruskan dengan cekap. Plan tindakan yang berfokus kepada kumpulan atau kluster yang tertentu ini perlu disegerakan.

Pihak kerajaan negeri bukan sahaja dituntut untuk menguruskan keadaan ini dengan bijaksana dan berintegriti tetapi perlu juga berlapang dada mendengar pandangan sama ada dari pihak kerajaan pusat ataupun dari suara-suara rakyat negeri ini sendiri. Jika ianya untuk kebaikan dan lebih lagi untuk keselamatan rakyat negeri, maka perlu diusahakan perlaksaaan tanpa teragak-agak.

Antaranya, bersegeralah mengambil tindakan yang sepatutnya kepada sektor kilang dan kepada warga pekerjanya. Juga yang perlu dilaksanakan dengan berintegiri adalah pemberian vaksin yang sepatutnya rakyat negeri ini boleh menikmati dengan percuma dalam kadar yang segera. Pertimbangkan juga untuk melaksanakan idea yang telah dibuat oleh Kerajaan Terengganu seperti membuka dan membanyakkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menikmati semula kehidupan seperti dahulu adalah cita-cita, doa dan harapan semua rakyat Malaysia ketika ini. Lebih-lebih lagi warga Selangor yang kebimbangannya berkali ganda dek kerana suasana wabak menular memberikan angka kes bertambah setiap hari. Kebimbangan ini tambah dengan pengurusan kerajaan negeri Selangor yang sentiasa dipersoalkan akan ketelusan dan kecekapannya terutama dalam menjaga kebajikan rakyat.

Rakyat sedang menanti dan memerhati. Tunaikan hak rakyat negeri ini. Bersegera dan cekaplah dalam menguruskan suatu keadaan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor