PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor
Oleh : Rajan Manikesavan
Ketua DHPP Kota Raja
KOTA RAJA, 2 Ogos – Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja berganding bahu bersama NGO i-SUARAMAL supaya bermanfaat kepada semua dan meneruskan usaha kebajikan dalam misi membantu dan membela nasib mereka yang dihimpit masalah di saat pandemik Covid-19 yang semakin meningkat.
Menurut Cikgu Rajan, mereka telah menyantuni 10 buah keluarga yang terdiri daripada pelbagai kategori dan bangsa, di sekitar Pangsapuri Klang Jaya, Flat Batu Nilam Bukit Tinggi dan kawasan perumahan Taman Sejati. Penyerahan sumbangan berbentuk barang keperluan asas seperti barangan dapur dan barang basah turut diagihkan.
DHPP Kota Raja amat komited membantu demi kepentingan kebajikan masyarakat. Para penerima menzahirkan rasa sangat berterima kasih atas sumbangan yang diberi, pada saat mereka amat memerlukannya sepanjang PKPD berkuatkuasa di Lembah Klang. PAS Kawasan Kota Raja tetap berusaha semampu yang boleh demi meringankan beban dan tekanan masyarakat di sini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor