Home Berita PAS Wilayah

3 keluarga hargai PAS beri kerusi roda

22
SHARE

Oleh WAN SYAHIRAH

WANGSA MAJU, 2 Ogos:3 keluarga di Seksyen 2 dan 4 di sini amat menghargai pemberian kerusi roda oleh PAS semalam.

Menurut Saripah, isteri salah seorang penerima bantuan, suaminya Abu Bakar, 60, menghidap strok sejak setahun lalu dan hanya mengharapkan bantuan anak-anak untuk urusan harian.

“Suami juga sekarang ini guna lampin pakai buang. Kos beli lampin sahaja untuk sebulan lebih kurang RM300.

“Ini kali pertama keluarga saya terima bantuan dari PAS dan saya hargai sangat-sangat,” ujarnya.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) dalam menyampaikan sumbangan berkenaan mengingatkan penerima agar terus bersabar dan cekal menghadapi ujian.

Beliau juga meminta penerima yang memerlukan untuk menghubungi Pegawai Khas Pusat Khidmat Komuniti agar bantuan bersesuaian dapat diberikan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera, Mohamad Asri Abdul Wahid yang turut sama dalam sumbangan berkenaan menzahirkan komitmen untuk mengusahakan bantuan berkala dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Baitulmal bagi penerima-penerima ini.

Turut hadir menziarahi penerima ialah YDP PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Setiausaha PAS Kawasan Wangsa Maju, Hairul Anuar Harun, Naib Ketua Dewan l Pemuda PAS Wangsa Maju, Mahfuzan Gaddafi dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Komuniti, Zikri Yazid.