Home Berita PAS Melaka

Dewan Ulamak PAS Melaka Sumbang Bantuan Kit Makanan

811
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka menyumbangkan bantuan kit makanan kepada orang ramai sempena masuknya bulan Ramadan di sini semalam.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka (DUPNM), Ustaz Imran Abdul Rahman yang mewakili DUPNM berkata bantuan ini adalah sebagai tanda keprihatinan DUPNM terhadap kesukaran yang sedang melanda orang ramai pada masa ini.

“Sumbangan ini tidak banyak. Tapi inilah yang kita termampu dalam keadaan yang sulit ini. Semoga ia dapat meringankan beban mereka yang menerimanya.

“Kita tahu rakyat tengah susah. Sudahlah nak menyambut Ramadan, kita pula dalam situasi PKP. Ramai rakyat bawahan yang hilang punca pendapatan. Semoga dengan bantuan ini ringanlah sedikit beban yang mereka tanggung.” Ujar beliau ketika ditemuramah Wartawan Rakyat Melaka (WARM) seusai program itu.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah berkata lagi, program ini dijalankan serentak dengan pengedaran kit bantuan makanan sumbangan Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Mas Ermieyati Samsudin petang semalam.

Turut hadir ialah Naib Ketua DUPNM, Ustaz Helmi Salleh, Bendahari DUPNM, Ustaz Ahmad Faris Sulaiman, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz serta beberapa orang AJK DUPNM.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)