ASSALAMUALAIKUM WRT WBT.
Dewan Ulamak Pas Pusat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada YB. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang selaku Presiden PAS yang telah dilantik menjadi Duta Khas kepada YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Yang Bertaraf Menteri.
Semoga perlantikan ini akan memberi inspirasi besar kepada hubungan diplomatik antara Malaysia dan Negara-negara Timur Tengah.
Perlantikan ini juga sekaligus akan memberi kelebihan kepada umat Islam dan perjuangannya. Semoga Allah akan memberi pertolongan kepada YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang.
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Ahli Parlimen Pasir Puteh