Home Berita PAS Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah serah sumbangan kepada mangsa ribut sekitar Yan

69
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 30 MAC – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyerahkan sumbangan kepada mangsa ribut di sekitar Yan pada hari Selasa lepas.

Sebanyak 7 buah rumah berjaya disantuni dan 13 buah rumah mangsa menerima sumbangan. Penyerahan sumbangan  diketuai oleh Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah merangkap Ketua Pemuda PAS Jerai.

Beliau mendoakan agar mangsa sabar dan tabah atas ujian yang diterima.

“Semoga ujian yang menimpa ini, dapat mengangkat darjat kita sebagai hamba di sisi Allah swt, insha Allah

“Apatah lagi kita diuji pada bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga mangsa yang terlibat tetap tabah dan sabar” ujarnya.

Ustaz Ikhram Ibaharuddin Timbalan Ketua Pemuda PAS Jerai turut menzahirkan rasa simpati dan takziah diatas ujian yang menimpa ini.

Akibat daripada angin kencang yang berlaku, beberapa rumah di sekitar Kampung Tualang, Bukit Besar, Bukit Choras dan beberapa kampung sekitarnya di Sungai Limau Yan, Kedah mengalami kerosakkan dan ada juga yang musnah.

Keprihatinan Dewan Pemuda PAS Negri Kedah untuk turun ke lapangan bagi menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa yang terlibat, ssedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang diterima mangsa.

Manakala Pengerusi Lajnah kebajikan DPPNK, Ku Ahmad Mukhlis bin Ku Md Ali merakamkan jutaan terima kasih kepada NGO dan penyumbang yang bersama-sama mereka dalam misi kebajikan ini.

Orang ramai yang berhajat untuk membantu program kebajikan ini boleh salurkan bantuan ke:

Akaun : Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Bank Islam 02011010009300

Reference : *Sumbangan Kebajikan

Bagi maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ku Ahmad Mukhlis di talian www.wasap.my/+60108021849/SumbanganKebajikan atau Saudara Nakhaie www.wasap.my/+60134150845/SumbanganKebajikan.