Home Berita PAS Perak

Dewan Muslimat PAS Tambun : Edaran Kurma Ke Pejabat-Pejabat Kerajaan

730
SHARE

Oleh : Fathin Munirah binti Fakhrul Azman

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Dewan Muslimat PAS Tambun (DMPK) meneruskan aktiviti edaran kurma di pejabat-pejabat kerajaan di sekitar parlimen Tambun. Muslimat dari DUN Manjoi dan DUN Hulu Kinta sama-sama membantu dalam program edaran kurma ini yang diadakan pada 17 Mei yang lalu (semalam).

Antara pejabat kerajaan yang dikunjungi ialah balai polis, balai bomba dan klinik kesihatan sekitar parlimen Tambun.

Semoga dengan program edaran kurma ini sedikit sebanyak dapat membantu memeriahkan Ramadhan para penjawat awam yang berada di kawasan sekitar.

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Hadis Riwayat at-Tarmizi, Ibnu Majah)