Home Artikel PAS Perak

PAS Kawasan Teluk Intan Santuni Guru

61 views
SHARE

Teluk Intan : 16/5/2018 Mantan calon P076 Teluk Intan, Dr Ahmad Ramadzan menyampaikan kek kepada seorang Guru Besar sempena sambutan Hari Guru

Sebanyak 20 buah sekolah meliputi sekolah menengah, rendah, sekolah agama rakyat dan PASTI di sekitar Teluk Intan disantuni.

Guru sebagai pendidik menggalas tanggungjawab untuk melahirkan sumber manusia yang berjaya dan cemerlang.

PAS Kawasan Teluk Intan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru kerana tidak jemu dan istiqamah menggalas peranan sebagai pendidik. Dan, Allah jugalah sebaik-baik pemberi balasan di atas penat lelah dan usaha menabur bakti kepada anak bangsa.

Selamat Hari Guru 2018
“Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”