Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Dewan Muslimat PAS Perjuang Maruah Wanita

803
SHARE

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan jutaan tahniah di atas kerjasama semua AJK Dewan Muslimat Negeri dan kawasan yang mengambil inisatif membuat laporan polis ke atas aplikasi Sugarbook yang difahamkan menawarkan aktiviti tidak bermoral khususnya kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi.

2. Tindakan itu membuktikan kesatuan amal dan fikiran muslimat PAS dalam memperjuangkan maruah wanita di Malaysia. Laporan polis tersebut membolehkan pemilik aplikasi Sugarbook didakwa di bawah Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 2 tahun dan denda.

3. Manakala dalam perkara 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang mengenakan hukuman denda RM50 ribu dan penjara tidak lebih satu tahun serta 372 ( 1 ) Kanun Keseksaan dan 372B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 1 tahun atau denda sekiranya didapati bersalah.

4. Apa yang paling penting, laman sesawang tersebut tidak boleh diakses walaupun difahamkan telah berpindah ke alamat lain atas tindakan efektif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

5. Selain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ) Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mansor Othman telah mengadakan perbincangan khas berkenaan perkara ini bagi menggerakkan agensi kerajaan yang terlibat.

6. Sesungguhnya Dewan Muslimat PAS Malaysia amat mengharapkan semua pihak menggembeling tenaga bersungguh-sungguh dalam mencari jalan membaiki keadaan sekaligus membendung budaya negatif dari menular di kalangan masyarakat.

#Islammemimpinwanitasejahtera.
#Islammemimpinperpaduan.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.
18 Februari 2021 | 6 Rejab 1442H