Home Berita PAS Melaka

Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka bermuktamar kali ke-51

615
SHARE

Oleh : Dirah Maulana

HANG TUAH JAYA, 17 Ogos : Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) telah menganjurkan muktamar tahunannya kali ke-51 di Dewan Raja Haji Fisabilillah, Bukit Baru di sini semalam.

Majlis bermula dengan sesi pendaftaran seawal jam 8.00 pagi daripada perwakilan muslimat seluruh kawasan serta ahli jawatankuasa yang terlibat.

Sejurus selepas itu, majlis bacaan tahlil ringkas turut diadakan khusus bagi mengingati mantan Naib Ketua DMPNM Almarhumah Noor Fazilah Ismail yang meninggal dunia pada 24 Jun yang lalu.

Majlis perasmian membuka tirainya, dengan alunan nasyid Asmaul Husna, lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka,lagu PAS serta bacaan Al-Quran surah Muhammad oleh adik Nuh Shofi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucaptama oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka Aziah Saad, disusuli dengan ucapan perasmian oleh Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail.

Antara yang istimewa dalam Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka kali ini, adalah slot anugerah Ikon DMPNM kepada beberapa orang tokoh muslimat yang komited bersama PAS serta pelancaran kempen ‘Infak RM1 Per- Ahli’.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Srikandi BERSATU Melaka, Azalina Abd Rahman, Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Negeri Melaka, Datuk Kalsom Nordin, Setiausaha Agung PERAWAN, Azlan Maddin dan Ketua Biro Wanita ISMA Melaka Tengah, Puan Siti Normah Yusup.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)