Home Artikel PAS Selangor

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor | Dato Dr Ahmad Yunus Hairi – Pesuruhjaya PAS Selangor Menziarahi Mantan YDP PAS Hulu Selangor

257
SHARE

Batang Kali, Selangor | 11 Ogos 2020

YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi mengambil kesempatan menziarahi mantan YDP PAS Kawasan Hulu Selangor Tuan Haji Abd Wahid Basri di kediamannya.

Tuan Haji Abdul Wahid merupakan veteran PAS Hulu Selangor bersama perjuangan PAS sejak zaman mudanya. Kini masih menetap di Kampung Sekolah, Batang Kali.

Tuan Haji Abdul Wahid pernah menyandang YDP PAS Hulu Selangor pada sesi 1999 sehingga 2013. Beliau masih istiqamah bergerak dengan PAS Kawasan Hulu Selangor dan menyandang jawatan AJK Pas Kawasan sebagai Pengerusi Lajnah Ekonomi.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesihatan yang baik pada beliau dan terus kekal istiqamah dengan perjuangan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan