Home Berita PAS Selangor

Bantuan buat pemandu teksi yang terjejas – PAS Kawasan Hulu Selangor

17
SHARE

May be an image of 1 person, outdoors and text that says "BKF"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Selangor | Antara yang paling terjejas pada musim PKP ini, adalah para pemandu teksi berikutan rakyat tidak boleh menggunakan perkhidmatan teksi kerana PKP yang dikuatkuasakan telah membataskan pergerakan rakyat Malaysia.

Sebuah pasangan dengan tanggungan 3 orang anak di Apartment Mawar TBR Bukit Beruntung ini amat terjejas kerana satu-satunya sumber pendapatan keluarga mereka adalah perkhidmatan teksi. “Teksi dah lama tak gerak sebab rosak”, kata penerima tersebut.
Menurut laporan, sewa rumah mereka ditanggung dengan dana zakat ummat Islam melalui Lembaga Zakat Selangor

Namun, cakna dengan situasi PKP yang terus berlanjutan, PAS Gabungan TBR bersama NGO Ukhuwah & NGO TBR telah menyampaikan sumbangan barang dapur untuk meringankan beban keluarga ini. Semoga sempurna iman kita dengan saling mengambil berat sesama kita.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor