Home Berita PAS Pahang

Derma Darah Amal Lipis dapat sambutan masyarakat

452
SHARE

LIPIS 27 Mac : Menderma darah adalah juga suatu pahala jariah

Ketua Pemuda PAS Kawasan Lipis, Saudara Khaidir Bin Kamil, berkata alhamdulillah, masyarakat kita semakin berubah dan kesedaran masyarakat untuk menderma sudah berada di tahap yang baik.

“Penerapan kepada sentuhan agama seperti, menderma darah turut dikira suatu amal jariah, adalah suatu sentuhan yang baik untuk di ketengahkan kepada masyarakat bagi memberi kesedaran dan motivasi dari segi ganjaran berbentuk ukhrawi,” katanya.

Beliau mengatakan demikian ketika Program Amal Mega Blood Donation Daerah Lipis yang berlansung pagi tadi di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis pagi tadi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penderma dan peserta begitu juga kepada semua pihak yang menjayakan program Amal Mega Blood Donation kali ini, yang mana ia dikendalikan sepenuhnya oleh jabatan amal Malaysia kawasan Lipis (JAMKL) dengan kerjasama Bahagian Tabung Darah Hospital Kuala Lipis dan Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis.

Program ini adalah kali kedua bagi tahun 2021 selepas program menderma darah dari kalangan ahli jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Lipis dan JAMKL pada awal mac lalu.

Antara pengisian yang di sertakan sekali bersama program derma darah ialah, kaunter tahsin bacaan surah Al fatihah, Kaunter pendaftaran suntikan vaksin covid-19, kaunter daftar pemilih dan Kuliah Dhuha Khas yang disampaikan oleh Pencetus Ummah (PU) Mizi.

Seramai lebih kurang 150 tetamu yang hadir dan seramai 63 orang penderma berjaya menderma. Ia menjadikan jumlah tersebut telah melebihi sasaran yang dijangkakan iaitu 50 orang sahaja.

Program turut dihadiri oleh Yang di-Pertua PAS Kawasan Lipis Saudara Roslan Zainal Al Ahmadi, Yang di- Pertua PAS Cameron Highland, Ustaz Hj Karim Bin Nor.

Program berakhir sekitar jam 2.30 petang dengan majlis ringkas pemberian tandakenangan penghargaan kepada wakil pihak tabung darah Kuala Lipis dan pihak Masjid Sultan Mahmud.

Menurut pengarah program yang juga komanden JAMKL Saudara Saufi Abdullah, “program kebajikan sebegini yang juga sememangnya program rutin JAMKL akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memupuk kerjasama dan budaya kesedaran yang baik dari kalangan masyarakat”.

JabatanAmalMalaysia

pertahankanperikatannasional

perkukuhkanmuafakatnasional

santunicheka

AmalBloodDonationLipis

DemiIslam