Home Berita PAS Sabah

PAS sumbang keperluan surau menyambut kedatangan Ramadhan

364
SHARE

28 Mac 2021
Oleh: Basith Samad

KINABATANGAN: Penyerahan sumbangan Projek Ramadhan kepada surau terpilih telah disempurnakan oleh PAS Kinabatangan di Kg. Sri Manis, hari ini.

Projek yang bertujuan untuk membekalkan PA Sistem kepada surau yang terpilih dan sangat memerlukan ini adalah untuk kegunaan harian surau terutamanya ketika azan dan solat lima waktu.

Penyelaras PAS Parlimen Kinabatangan, Jumaidin Lakalla berkata Surau Al-Mumtaz Kg. Sri Manis adalah surau pertama yang terpilih untuk menerima sumbangan berupa set PA sistem seperti pembesar suara, amplifier, mikrofon dan lain-lain.

“Kita semua tahu bahawa surau merupakan pusat keagamaan, bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi, sudah pasti jemaah surau sangat memerlukan untuk kegunaan Solat Tarawikh dan Solat Aidilfitri nanti.” Katanya.

“Kami amat berterima kasih kepada semua masyarakat yang prihatin kepada keperluan surau ini kerana telah menyalurkan sumbangan bagi merealisasikan projek ini.” Tambahnya lagi.

Menurut Pengerusi Surau, Ferman, sumbangan yang diterima pihaknya itu sangat bermakna dan amat bersyukur kerana harapan masyarakat untuk mempunyai set PA sistem disurau ini tercapai sebelum masuk bulan Ramadhan.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan kepada Ferman dan isterinya selaku JPKK Sri Manis, Noralizah Binti Awang.