Home Berita PAS Kedah

Derita si anak

60
SHARE

Oleh : NOR JULIANA YAACOB

JERAI – Kesengsaran hidup yang ditanggung oleh adik Muhamad Amirul Haiqal 13 tahun mampu meruntun hati sesiapa sahaja yang memandangnya.

Keadaan dirinya yang mengalami bengkak pada bahagian muka dan tengkok menyukarkan beliau berkomunikasi dengan baik.

Prihatin dengan keadaan beliau, Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit berkata pihaknya tampil menyampaikan sumbangan.

“Lidah adik Muhamad Amirul telah dipotong lima tahun lalu dalam satu pembedahan.

“Namun kesan daripada pembedahan itu memerlukan beliau berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurut YB Ustaz Sabri, Bapanya Muhamad Shahizan hanya bekerja sebagai buruh dan perlu menampung lima orang anak dan isteri yang tidak bekerja.

“Keadaan ini membuatkan dirinya tidak mampu untuk menampung kos keperluan Muhamad Amirul,” katanya.

Tambah YB Ustaz Sabri, baru-baru ini, adik Muhamad Amirul telah menerima sepucuk surat yang terkandung isi penamatan wang bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya sangat terkesan dengan berita berkenaan dan kami telah bergegas ke rumah mereka di Taman Gurun Jaya untuk menyampaikan sedikit bantuan,”

“Perbincangan telah dilakukan bersama JKM dan mereka bakal mengambil tindakan segera memandangkan klien ini layak untuk terus menerima bantuan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berhubung terus dengan ibu adik Muhamad Amirul di talian 018-4696641