Kenyataan Media PAS Padang Terap.
Derita Penoreh Getah.
—————————
Dalam situasi yang amat merunsingkan saat ini,bila mana harga komoditi rendah, rakyat bawahan terasa deritanya.
Kerajaan mestilah mengambil sikap lebih bertanggungjawab dalam menangani harga komoditi getah yang terlalu rendah.
Dengan harga getah sekitar RM2.50, ditambahi dengan cuaca yang tidak menentu. Adalah lebih sukar bagi mereka yang semata-mata hanya bergantung sumber pendapatan kepada torehan getah bagi menampung keperluan perbelanjaan harian.
Di tambah pula dengan harga barang keperluan tinggi,kos pengajian anak-anak serta lain-lain perbelanjaan menyebabkan kehidupan rakyat bawahan semakin terhimpit.
Ustaz Mohd Azam Abd Aziz
Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap
#deritarakyat
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#pegawaimedia