Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Datuk Dr. Norhafizah Musa Ikon ‘Beauty With Brain’

3227
SHARE

Datuk Dr. Norhafizah Musa Ikon ‘Beauty With Brain’

Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa merupakan seorang tokoh pendakwah yang tidak asing lagi. Kepribadian beliau dengan tutur kata yang lembut, berilmu dan berpenampilan menarik begitu dikagumi masyarakat. Penglibatan aktifnya melalui pelbagai medium termasuk slot-slot televisyen menjadikan Ustazah Norhafizah dikenali ramai.

Terbaru, Ustazah Norhafizah sekali lagi menempa nama setelah berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD. Beliau mendapat Penganugerahan Doktor Falsafah dari Akademi Pengajian Islam sabtu lalu di Istiadat Kovokesyen ke-58 Universiti Malaya.

Pada usia 43 tahun, Ustazah Norhafizah membuktikan kesibukan beliau bersama masyarakat dan juga ibu kepada 7 orang anak bukanlah penghalang untuk terus menuntut ilmu. Sebelum ini, beliau merupakan lulusan Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam bidang Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam.

Justeru, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat Ustazah Datuk Doktor Norhafizah Musa atas kecemerlangan beliau. Besar harapan kami supaya lebih ramai ikon muslimat seperti beliau pada masa hadapan.

Sesungguhnya Islam sangat mementingkan ilmu kepada hambanya tidak kira lelaki ataupun perempuan. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Bagi siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya ke surga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya (memayungkan sayapnya) kepada penuntut ilmu kerana senang (rela) dengan yang ia tuntut.” (HR. lbn Majah)

Oleh itu, marilah sama-sama kita mencontohi semua figura-figura hebat negara sebagai pemangkin semangat; agar kita juga sama-sama berjaya. Muslim yang hebat itu ialah mereka yang menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH,
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
26 Safar 1440
25 Oktober 2018