Home Artikel Dewan Pemuda PAS Malaysia

Penyertaan 500 Peserta Meriahkan Peraduan Mewarna Karnival Ijtima’ Tarbawi

151 views
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

 

KANGAR : Penyertaan lebih 500 orang peserta memeriahkan Peraduan Mewarna Karnival Ijtima’ Tarbawi yang diadakan pada 26 Oktober 2018 bertempat di Kompleks Pendidikan MATIN, Kangar.

Mereka terdiri daripada para pelajar PASTI dan sekolah-sekolah rendah di bawah kelolaan PAS dari seluruh negeri Perlis.

Empat kategori telah dipertandingkan iaitu 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun dan kategori sekolah rendah.

 

Bagi kategori 4 tahun, johan peraduan mewarna dimenangi oleh Adik Muhammad Adam Imam bin Syaiful Ridzuan manakala juara kategori 5 tahun pula diraih oleh adik Damia Sofiya.

Adik Anis Zahratunnisa binti M. Shahid pula menjadi johan bagi kategori 6 tahun manakala kategori sekolah rendah pula dimenangi oleh pelajar tahun 3 SRI Al-Furqan, Nurunnajah binti Nursaiful.

Syarikat Susu Irfan merupakan penaja utama hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Dr Saifizi bin Saidon.