Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Dato’ Siti Ashah Dekat di Hati Rakyat

1534
SHARE

Oleh : Ilyani Ismail

Aktif, berkepimpinan dan bersemangat itulah ciri – ciri yang dimiliki oleh calon PAS N. 33 Merbau Pulas, Dato’ Siti Ashah binti Haji Ghazali.

Berumur 56 tahun dan merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah. Beliau juga adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah.

Beliau telah berkhidmat sebagai ADUN Merbau Pulas selama 2 penggal dan ini membuktikan kesungguhan beliau sebagai wakil rakyat.

Menyandang amanah sebagai exco kerajaan bukanlah suatu yang mampu dipikul oleh semua namun demi menjaga kebajikan masyarakat pelbagai kaum di Kedah, beliau sedia berkhidmat dan berbakti.

Melalui tiket sebagai wakil rakyat, beliau sering tampil memberi bantuan dengan kadar segera bagi memudahkan urusan mereka yang memerlukan. Misalnya, menziarahi waris sekiranya terdapat kematian.

Beliau pernah keluar masuk estet bagi membantu kaum India yang kurang berkemampuan di sana.

Beliau ternyata komited menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan parti pegangan.

Inilah yang patut kita contohi agar berbuat baik sesama kita tanpa mengira sebarang perbezaan.

Jom tunaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi pada 9 Mei (Rabu) ini dengan mengundi calon PAS N. 33 Dato’ Siti Ashah binti Haji Ghazali demi Kedah yang lebih sejahtera.

Undilah PAS #Up