Home Berita PAS Terengganu

Darul Barakah bukan sekadar memenuhi janji manifesto PAS semata-mata

55
SHARE

PENUBUHAN PUSAT PEMULIHAN PENAGIH DADAH

Seluruh negara terdapat sebanyak 46 buah pusat pemulihan dadah persendirian. Di Terengganu hanya terdapat 4 buah pusat pemulihan dadah persendirian. Melalui AADK pula terdapat sebanyak 30 buah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh Malaysia. Di Terengganu terdapat sebuah PUSPEN di Besut.

Data yang direkodkan setiap tahun dilihat terus meningkat di negeri Terengganu sejak tahun 2016. Selain usaha yang dicetuskan pihak AADK, pusat pemulihan persendirian, pihak Kerajaan Terengganu tetap memandang serius usaha untuk membantu sebahagian besar penagih yang ingin kembali ke pangkal jalan agar dapat melalui proses pemulihan dengan sebaiknya.

Penubuhan Pusat Pemulihan Dadah Holistik atau Perkampungan Darul Barakah pada saya bukan sekadar untuk memenuhi janji manifesto PAS semata-mata. Tetapi ia lahir atas dasar tanggungjawab untuk tidak mengabaikan proses bimbingan buat penagih yang telah terjebak. Mereka ada peluang kedua. Bukan untuk mereka semata-mata, malah untuk kebaikan sama buat ahli keluarga seperti ibu bapa, adik beradik, pasangan dan anak-anak.

Usaha ini bukan untuk bersaing dengan pusat pemulihan dadah yang sedia ada samada milik persendirian ataupun di bawah AADK. Malah ia bersifat pelengkap untuk saling bergabung dengan usaha semua pihak bagi mencapai kejayaan dalam usaha pemulihan ini.

Saya doakan agar usaha ini dihitung sebagai amal jariah di sisi Allah SWT dan sama-sama kita bermohon kepada Allah SWT agar semua penghuni perkampungan ini berjaya kembali ke pangkal jalan dan beristiqamah dengan ajaran dan pegangan Islam. Tidak mustahil mereka akan menjadi lebih baik daripada golongan yang tidak bergelar penagih jika dipilih oleh Allah SWT.

antara Siri Komik Maya yang pasukan kempen saya sediakan sewaktu PRU14 yang lalu.

YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
ADUN TEPOH