Kelmarin Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor meneruskan program ziarah berkala dengan melawat beberapa kawasan di sekitar Kajang dan Hulu Langat yang dilanda musibah banjir baru-baru ini.
Dalam program ziarah berkenaan rombongan telah melawat 3 buah keluarga mangsa banjir di Batu 10, Hulu Langat dan Kampung Jambu, Kajang. Salah sebuah keluarga yang menjadi mangsa banjir di situ adalah AJK DMPK Hulu Langat.
Seterusnya Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan sempat beramah mesra dengan kumpulan Briged Muslimat Bangi yang sedang bertugas mencuci rumah mangsa banjir di Kampung Jambu. Beliau juga menyerahkan sedikit sumbangan kepada mangsa yang terjejas.
29 Zulkaedah 1441H | 20 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#ZiarahKebajikan
#SkuadPrihatinDMPNS
#SelangorSejahtera
#IslamMemimpinWanitaSejahtera