Home Artikel PAS Perlis

Penubuhan Sekretariat Kukuhkan Kerjasama MN Perlis

501
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR: Penubuhan Sekretariat Muafakat Nasional Peringkat Negeri Perlis menjadi bukti persefahaman yang kuat antara PAS dan UMNO di negeri ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd. Shukri Ramli, sekretariat berkenaan akan berfungsi menyelaraskan segala aktiviti dan gerak kerja Muafakat Nasional di peringkat negeri.

“Komitmen PAS dan UMNO adalah bagi mewujudkan penyelarasan gerak kerja agar kedua-dua parti dapat bergerak secara bersama melalui program-program bersama rakyat.

“Insya Allah dengan adanya kerjasama serta persefahaman yang erat seperti ini akan dapat membantu kita mencapai kemenangan yang lebih baik di negeri Perlis dalam PRU ke 15 nanti,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Pada hari Sabtu lepas, kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS negeri ini telah mengadakan pertemuan di Pejabat Yayasan Pok dan Kassim di sini bagi menubuhkan Sekretariat Muafakat Nasional Peringkat Negeri Perlis.

UMNO Perlis diketuai pengerusinya Dato’ Seri Shahidan Kassim sementara wakil PAS diketuai pesuruhjaya PAS negeri Mohd. Shukri Ramli.