Home Artikel PAS Wilayah

Ameerah Batu Terus Perkasa Agenda Kebajikan Penduduk Setempat

267
SHARE

Oleh: Thia Razali

BATU : Ameerah Kawasan Batu komited dalam membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan terutamanya yang terdiri daripada golongan wanita muda.

Aktiviti sumbangan yang telah dijalankan pada 16 September yang lalu telah diadakan di beberapa tempat seperti PPR Batu Muda, Sentul Utara, Sentul Timur, Sentul Pasar dan Rumah Pangsa Sri Perak serta Bandar Baru Sentul.

Seramai 20 buah keluarga telah menerima bantuan yang terdiri daripada keluarga yang terjejas akibat wabak Covid-19 dan juga ibu tunggal yang menyara keluarga.

Selain daripada aktiviti sumbangan ini juga, Ameerah Kawasan Batu turut bercadang untuk mengadakan perkongsian tentang hak-hak wanita dan ibu tunggal dalam Islam bagi meningkatkan kesedaran dan pendidikan kepada ibu tunggal dan wanita muda di sekitar Kawasan Batu.

Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang perlu ditanggung oleh penerima.

Akitivti sumbangan adalah program berkala justeru Ameerah Kawasan Batu sangat mengalu-alukan sumbangan dana bagi meneruskan program ini.

Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Ameerah Batu Maybank 5642 2164 4897.