
Pandan, Selangor | 2 September 2020
Dewan Muslimat PAS Kawasan Pandan dan Wanita UMNO Bahagian Pandan telah mengadakan satu program bersama iaitu program Kacau Bubur Asyura dan Sambutan Kemerdekaan.

Program telah diadakan di Pusat Tarbiyyah Pandan (PTP) di mulai dengan Tazkirah ringkas dari Datin Ustazah Salasiah Zakaria.

Program juga telah dibantu oleh pihak Pemuda PAS Kawasan Pandan dan muslimin PAS yang lain. Agihan bubur telah dibuat kepada ahli-ahli Cawangan yang terlibat dan setiap yang hadir.

Semoga dengan berjalannya program sebegini akan mendekatkan ukhuwah di antara ahli Muafakat Nasional dan mengambil ibrah dari kisah Asyura ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor
#MalaysiaPrihatin2020
#MuafakatNasional
#MalaysiaSejahtera
#MuslimatPASPandan