Home Artikel PAS Sabah

PAS Batu Sapi anjurkan ceramah dan pemeriksaan kesihatan

265
SHARE

Oleh : Laila Ismail
02 September 2020

BATU SAPI : Unit Kebajikan dan Kemasyarakat Hal Ehwal Wanita Dewan Muslimat PAS Batu Sapi menganjurkan ceramah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk sekitar DUN Karamunting pada isnin lepas.

Program yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kesihatan mental dalam pengurusan stress dikalangan penduduk setempat sekaligus menjalankan pemeriksaan kesihatan.

Pusat Khidmat Masyarakat PAS Batu Sapi N54 Karamunting dipenuhi seramai tiga puluh penduduk sekitar ketika mendengar ceramah yang disampaikan oleh Doktor Faisal Samsudin.

Dalam program ini, terdapat tiga slot yang difokuskan iaitu berkaitan maklumat kesihatan mental, simulasi renggangan minda serta berkaitan pengurusan stress yang menjelaskan tentang pentingnya penjagaan emosi dan mental lebih-lebih lagi setelah melalui fasa PKP sejak Mac lepas.

Program yang diketuai oleh Ketua Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan Hal Ehwal Wanita Dewan Muslimat PAS Batu Sapi, Nur Izzati Yusof menyatakan bahawa akan melaksanakan program seperti ini lagi atas permintaan penduduk yang hadir.

Turut hadir dalam program ini adalah, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah merangkap Naib Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Norsah Bongsu serta Ketua Muslimat Cawangan Karamunting Suzieyati Binti Nasib.