Home Artikel PAS Selangor

“Beramal Kerana Allah” Jabatan Amal Negeri Selangor Turun Menyempurnakan Jenazah Ahli Keluarga Sahabat Amal.

477
SHARE

Dukacita dimaklumkan ayahanda kepada saudara Firdaus yang merupakan salah seorang anggota Amal dari kawasan Selayang telah meninggal dunia pada hari ini.

Kehadiran anggota JAMNS di Surau Ar Rahim Taman Selayang Mutiara yang diketuai oleh Tuan Abu Umar selaku Timbalan Pengarah 1 JAMNS bersama Tuan Norahmad selaku Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Masyarakat JAMNS turut membantu dari awal hingga ke pengakhiran pengkebumian bersama ahli keluarga saudara Firdaus.

ALP JAMNS memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham ayahnda kepada Firdaus. JAMNS turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau mudah-mudahan roh allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan