Home Berita PAS Selangor

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor – Iktibar Dari Dokumentari Al Jazeera

641
SHARE

Negara digemparkan dengan isu dokumentari yang diterbitkan oleh Media Antarabangsa Stesen Al Jazeera yang menyentuh cara Kerajaan Malaysia menguruskan pendatang tanpa izin sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat itu mendakwa berlaku diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin dari segi layanan terhadap mereka ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani wabak Covid-19. Pengendali slot dokumentari itu bersama wartawannya akan dipanggil dan disiasat oleh pihak PDRM.

Iktibar buat dunia media, “setinggi mana kita mendongak langit, jangan sampai dilupa bumi dipijak” . Walaupun bertaraf media antarabangsa atau mana-mana taraf kedudukan media, berhikmah dan berfaktalah saat meluncurkan sesuatu informasi.

KPen PASSel
9 Julai 2020 | 17 Zulkaedah 1441H

#PasSelangor
#BersamMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

Dari Meja Ketua Penerangan PAS SelangorIktibar Dari Dokumentari Al JazeeraNegara digemparkan dengan isu dokumentari…

Posted by PAS Selangor on Wednesday, July 8, 2020