Home Artikel PAS Perlis

ADUN Guar Sanji Tinjau Kawasan Tekanan Air Rendah

509
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Prihatin dengan aduan penduduk, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim semalam telah turun padang bagi meninjau permasalahan yang dihadapi mereka.

Lawatan berkenaan turut disertai Ketua Pengarah Urusan Syarikat Air Perlis Hj. Abdul Hamid Shahid.

Sebelum ini, para penduduk di sekitar Taman Utara Guar Sanji dan Kampung Jelempok dekat sini mengadu, kediaman mereka mengalami masalah tekanan air rendah yang teruk sejak kebelakangan ini.

Akibat daripada masalah itu, mereka mendakwa menghadapi kesukaran dalam melakukan aktiviti seharian mereka.

Mohd. Ridzuan yang ditemui berkata, hasil daripada tinjauan yang dilakukan, pihak SAP telah menyatakan komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah terbabit.

“Maklum balas daripada pihak SAP, tindakan segera akan diambil untuk menyelesaikan masalah ini terutama di Kg. Jelempok, InsyaAllah.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pengerusi-pengerusi persatuan penduduk yang telah memberikan sepenuh kerjasama dalam menjayakan lawatan pada hari ini,” katanya di sini semalam.