Home Artikel PAS Selangor

Menteri Alam Sekitar Dan Air – Turun Ke Tapak Projek Loji Rawatan Kumbahan Di Hulu Langat.

417
SHARE

PAS Selangor merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Dato Us Tuan Ibrahim Tuan Man di atas kesudian turun untuk meninjau tapak Projek Pembetungan Langat (LSP).

Pembentungan yang mensentralisasikan 164 loji rawatan kumbahan kecil dan stesen pam sedia ada dengan kos RM1.5 bilion bakal memberi manfaat buat 920,000 penduduk Sekitar Negeri Selangor amnya dan Daerah Hulu Langat khususnya.

Jaringan projek ini meliputi 105 kilometer ini telah 95 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2023 termasuk menyediakan tempat rekreasi, 16 gelanggang badminton dan futsal serta dewan orang ramai.

Lawatan tersebut diiringi Pengarah Projek, Abdul Fatah Endut dan turut merakamkan penghargaan buat seluruh staf MMC Pembetungan Langat Sdn Bhd.

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#MalaysiaSejahtera
#MuafakatNasional