Dengan kepadatan program mesra rakyat, ditambah lagi dengan majlis korban di sana sini, disamping turun mengagihkan daging korban kepada warga dhu’afa, pastinya tidak dilupakan mereka yang sudah lama meniti jalan perjuangan.
YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi sempat meluangkan masa melayani dan menyantuni Wak Paujan, orang lama Kanchong Darat. Berbual dan bermesra dengan dua generasi yang berbeza namun semangat dan fikrahnya sama.
Semoga Allah SWT memberi kesihatan yang baik pada wak-wak dan para otai-otai yang masih terus istiqamah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor