Home Artikel PAS Selangor

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – PAS Selangor Mengunjungi Timbalan Presiden PAS Di Parlimen

255
SHARE

Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur | 11 Ogos 2020

Badan Perhubungan PAS Selangor mengadakan kunjungan ke Pejabat Menteri Alam Sekitar dan Air YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS di Parlimen pada hari ini.

Kehadiran PAS Selangor diwakili oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah dan Setiausaha Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir. Turut menyambut kedatangan wakil PAS Selangor ialah Tuan Haji Zaidy Abdul Talib yang diamanahkan membantu YB Dato Tuan sebagai Pegawai Khas.

PAS Selangor merakamkan penghargaan kepada YB Menteri atas kecemerlangan yang ditunjukkan selama tempoh Kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara. Ini membuktikan bahawa pimpinan PAS amat kompeten dalam melaksanakan tugas.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan