Home Berita PAS Selangor

DAP bersungguh mahukan UMNO biar musnah politik perpaduan ummah – Setiausaha BPPNS

197
SHARE

May be an image of text that says "Ronnie Liu Tian Khiew 1h. Jika Mahiaddin diteruskan, saya khuatir nanti lagi ramai nyawa terkorban dan lagi ramai kehilangan kerja dan rezeki. i PAKATAN HARAPAN PAN FREEMALAYSIATODAY.COM Jajaran politik PH-Umno perlu wujud demi agenda lebih besar, kata pemimpin DAP"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Artikel | Dalam keadaan parti-parti politik Melayu Islam dalam negara dingin dan menyerang sesama sendiri, musuh perpaduan ummah melonjak-lonjak keghairahan.

Mereka mahu menebus kembali kuasa yang hilang dari tangan apabila terlucut setelah cuma 22 bulan berkuasa.

Apabila gagal usaha menyatupadukan politik ummah, ruang terbuka untuk PH yang didominasi DAP kembali berkuasa.

Dan jika ini berlaku mereka akan pastikan buat selamanya mereka kekal menjadi tunggak persis jiran seberang tambak lalu hina bangsatlah anak-anak bangsa pewaris bumi bertuah ini.

Lihat posting terbaru Ronnie Liu AJK DAP Pusat:

“Jadi dua-dua (belah) penyokong perlu berlapang dada dan melihat isu lebih besar (iaitu) menyelamatkan negara berbanding melihat perseteruan silam antara Umno dan PH. Orang DAP, Amanah, PKR, Umno kena ketepikan perasaan atau apa yang berlaku pada masa lampau.

“Dulu kita pernah kerjasama dengan (Tun) Dr Mahathir Mohamad (dan) berjaya jatuhkan Najib Razak, sekarang apa salahnya kita bersama-sama menjatuhkan kerajaan Muhyididin sebab sudah gagal?”

Mereka kuat main saraf untuk merangkul Umno agar bersama mereka sedang Umno telah tegaskan dengan lantang NO PKR NO DAP.

Kawan-kawan Umno perlu segera bertindak terhadap makhluk politik yang dulu semasa berkuasa mahukan PKM diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Mereka tidak pernah menitikberatkan nasib dan masadepan Islam dan bangsa Melayu. Mereka pejuang “Malaysian Malaysia”.

Jangan izinkan.mereka menentukan nasib kita. Nasib agama, bangsa dan negara adalah di tangan kita. Jangan khianatinya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor